Orang-orang yang membolehkan perayaan maulid ini memiliki banyak dalil (syubhat), dan di sini kami akan menyebutkan 22 dalil sebagai wakil dari dalil-dalil mereka yang tidak disebutkan di sini.
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
1. Ayat atau hadis yang sahih akan tetapi salah pendalilan (yakni tidak digunakan pada tempatnya – edt).
2. Hadis lemah, bahkan palsu yang tidak boleh diguna sebagai hujjah.
3. Perkataan sebahagian ulama, yang mereka ini bukan merupakan hujjah bila menyelisihi dalil.
Berikut huraiannya:
Pertama: Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Yunus ayat 58:
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Maksudnya: “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada sesuatu yang mereka kumpulkan.”
Mereka berkata, “Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya. Sedang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah rahmat-Nya yang paling besar. Oleh kerana itulah, kita bergembira dan merayakan maulid (hari lahir) baginda”.
Di antara yang berdalilkan dengan ayat ini adalah seorang yang bernama Habib Ali Al-Ja’fary Ash-Shufy dalam sebuah kasetnya yang berjudul Maqoshidul Mu`minah wa Qudwatuha fil Hayah.
Bantahan:
Berdalilkan dengan ayat ini untuk membolehkan maulid adalah suatu bentuk penafsiran firman Allah Ta’ala dengan penafsiran yang tidak pernah ditafsirkan oleh para ulama salaf dan mengajak kepada suatu amalan yang tidak pernah dikerjakan oleh para ulama salaf. Ini adalah perkara yang tidak diperbolehkan sebagaimana telah lalu penegasannya pada bab Pertama (Sila lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk sunniy.wordpress.com - edt).
Ibnu ‘Abdil Hady Rahimahullahu berkata dalam Ash-Shorimil Munky fir Roddi ‘alas Subky, hal. 427:
“… Dan tidak boleh memunculkan penafsiran terhadap suatu ayat atau sunnah dengan penafsiran yang tidak pernah ada di zaman para ulama salaf, yang mereka tidak diketahui dan tidak pernah pula mereka jelaskan kepada umat. Kerana perbuatan ini mengandung (tudingan) bahawa mereka tidak mengetahui kebenaran, lalai darinya. Sedang yang mendapat hidayah kepada kebenaran itu adalah seorang pengkritik yang datang pada kebelakangan, maka bagaimana lagi jika penafsiran tersebut menyelisihi dan bertentangan dengan penafsiran mereka ?!”.
Para pembesar ulama tafsir telah menafsirkan ayat yang mulia ini dan tidak terdapat sedikitpun dalam penafsiran mereka bahawa yang diinginkan dengan rahmat di sini adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam. Yang ada hanyalah bahawa rahmat yang diinginkan di sini adalah Al-Qur`an dan Al-Islam sebagaimana yang diinginkan dalam ayat sebelumnya, iaitu firman Allah Ta’ala:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya …” (Yunus : 57-58)
Inilah penafsiran yang disebutkan oleh Al-Imam Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thobary Rahimahullahu dalam Tafsir beliau (Lihat: Juz 15, halaman 105).
Imam Al-Qurthuby Rahimahullahu berkata ketika menafsirkan ayat di atas: “Abu Sa’id Al-Khudry dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu‘anhuma berkata:
“Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah Al-Islam”. Juga dari keduanya (berkata), “Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah dia menjadikan kamu ahli Qur`an”. Dari Al-Hasan, Adh-Dhohak, Mujahid, dan Qotadah, mereka menafsirkan, “Kurnia Allah adalah iman dan rahmat-Nya adalah Al-Qur`an”. (Lihat Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an juz8, halaman353)
Imam Ibnul Qoyyim Rahimahullahu berkata dalam Ijtima’ul Juyusy Al-Islamiyah ‘ala Ghozwul Mu’aththilah wal Jahmiyah halaman 6:
“Perkataan para ulama salaf sekitar di atas penafsiran bahawa kurnia Allah dan rahmat-Nya adalah Al-Islam dan As-Sunnah”.
Sesungguhnya yang menjadi rahmat bagi manusia bukanlah kelahiran baginda, akan tetapi rahmat itu hasilnya hanyalah ketika baginda diutus kepada mereka. Makna inilah yang ditunjukkan oleh nas-nas syari’at:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya`: 107)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah bersabda:
إِنِّي لَـمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
“Sesungguhnya saya tidaklah diutus sebagai seorang yang suka melaknat, akan tetapi saya diutus hanya sebagai rahmat.” (HR. Muslim no. 2599 dari Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu)
Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Humaid Rahimahullahu berkata ketika menyebutkan tentang Abu Sa’id Al-Kaukabury (Dia adalah orang yang pertama kali merayakan maulid di negeri Maushil sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya):
“Dia mengadakan perayaan tersebut pada malam kesembilan (Rabi’ul Awal) menurut yang dikuatkan oleh para ahli hadis bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dilahirkan pada malam itu (kesembilan) dan baginda wafat pada tanggal 12 Rabi’ul Awal menurut kebanyakan para ulama” (Lihat kitab beliau Ar-Rasa`ilul Hisan fii Fadho`ihil Ikhwan halaman 49).
Maka betapa menghairankan bagi para pelaku maulid ini, mereka bergembira dan bersenang-senang pada tanggal diwafatkannya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam (12 Rabi’ul Awwal), sementara hari kelahiran baginda adalah tanggal 8 Rabi‘ul Awwal menurut pendapat yang paling kuat, maka apakah ada kerosakan dan kerancuan akal yang lebih parah dari ini?!
Ibnul Hajj Rahimahullahu berkata dalam Al-Madkhal (juz 2, halaman 15):
“Kemudian yang sangat menghairankan, mereka membolehkan merayakan maulid disertai dengan nyanyian, kegembiraan, dan keceriaan kerana kelahiran baginda ‘Alaihis sholatu wassalam -sebagaimana yang telah berlalu- pada bulan yang mulia ini. Padahal pada bulan ini juga baginda ‘Alaihis sholatu wassalam berpindah menuju kemuliaan Tuhannya ’Azza wa Jalla (yakni wafat – pent) yang mengejutkan ummat (para sahabat – pent). Mereka (para sahabat) ditimpa musibah besar yang tidak ada satu musibah pun yang mampu menandingi musibah ini selama-lamanya. Oleh kerana itu, keharusan atas setiap muslim adalah menangis, banyak-banyak bersedih, dan merenungi dirinya masing-masing terhadap musibah ini …”
Kemudian kita katakan kepada mereka,
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
(Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah hl. 173-177 dan Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat pertama)
Kedua: Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Mereka mengatakan bahawa perayaan maulid boleh memberi motivasi sekaligus sarana untuk berselawat kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam.
Bantahan:
Syaikh Hamud At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy, halaman 70-71: “Sungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah memberi motivasi untuk memperbanyakkan berselawat kepada baginda di waktu-waktu tertentu, seperti pada hari Jumaat, setelah azan, ketika nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disebut, dan waktu-waktu lainnya. Sekalipun demikian, baginda tidak pernah memerintahkan atau memberi motivasi untuk berselawat kepada baginda pada malam maulid baginda sendiri. Jadi, sesungguhnya (yang semestinya) diamalkan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan (yang semestinya) ditolak adalah segala sesuatu yang tidak baginda perintahkan”. Selesai dengan sedikit perubahan.
Syaikh Al-Muqthiry dalam Al-Mawrid (halaman 18) menyatakan: “Berselawat kepada Nabi adalah perkara yang dituntut terus-menerus, bukan hanya di awal tahun atau dua hari dalam seminggu.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Baginda ‘alaihish sholatu wassalam bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma).
Baginda telah memerintahkan untuk berselawat kepadanya setelah azan, dalam solat dan demikian pula ketika nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disebut.
Baginda bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ علَيَّ
“Kecelakaan bagi seseorang yang mendengar namaku disebut di sisinya, lantas dia tidak berselawat kepadaku” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma)
الْبَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang yang kikir (kedekut) adalah orang yang apabila namaku disebutkan di sisinya, lalu dia tidak berselawat atasku” (HR. At-Tirmidzi no: 3546 dan An-Nasa`i dalam Al-Kubra no: 8100 & 9883 dari Al-Husain bin ‘Ali Radhiallahu‘anhuma dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 2878).
(Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat kedua dan Al-Mawrid fii Hukmil Ihtifal bil Maulid hal. 18)
Ketiga: As-Suyuthi berkata dalam Al-Hawy (1/196-197): “…lalu saya melihat Imamul Qurro`, Al-Hafizh Syamsuddin Ibnul Jauzy berkata dalam kitab beliau yang berjudul ‘Urfut Ta’rif bil Maulid Asy-Syarif dengan nas sebagai berikut: “Telah diperlihatkan Abu Lahab setelah meninggalnya di dalam mimpi. Dikatakan kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?”, dia menjawab, “Di dalam Neraka, hanya saja diringankan bagiku (siksaan) setiap malam isnin dan dituangkan di antara dua jariku air sebesar ini (dia berisyarat dengan hujung jarinya) kerana saya memerdekakan Tsuwaibah ketika dia memberitahu khabar gembira kepadaku tentang kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia telah menyusuinya.” (Lanjutan ucapan Ibnul Jauzi – edt) Jika Abu Lahab yang kafir ini, yang Al-Qur`an telah turun mencelanya, diringankan (siksaannya) di Neraka dengan sebab kegembiraan dia dengan malam kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, maka bagaimana lagi keadaan seorang muslim yang bertauhid dari kalangan ummat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam yang gembira dengan kelahiran baginda dan mengerahkan seluruh kemampuannya dalam mencintai baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?!, Saya bersumpah bahawa tidak ada balasannya dari Allah Yang Maha Pemurah, kecuali Dia akan memasukkannya berkat keutamaan dari-Nya ke dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.”
Kisah ini juga digunakan sebagai dalil oleh Muhammad bin ‘Alwi Al-Maliki dalam risalahnya Haulal Ihtifal bil Maulid (halaman 8) tatkala dia berkata: “Telah datang dalam Sahih Al-Bukhari bahawa diringankan siksaan Abu lahab setiap hari Isnin dengan sebab dia memerdekakan Tsuwaibah ….”
Bantahan:
Penyandaran kisah di atas kepada Imam Al-Bukhari adalah suatu kedustaan yang nyata sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh At-Tuwaijiri dalam Ar-Roddul Qowy halaman 56. Kerana tidak ada dalam riwayat Al-Bukhari sesuatupun yang disebutkan dalam kisah di atas.
Berikut konteks hadis ini dalam riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4711 secara mursal [*] dari ‘Urwah bin Zubair Rahimahullahu: “Tsuwaibah, dulunya adalah hamba wanita kepada Abu Lahab. Abu Lahab membebaskannya, lalu dia menyusui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam. Tatkala Abu Lahab mati, dia diperlihatkan kepada sebahagian keluarganya (dalam mimpi) tentang kejelekan keadaannya. Mereka (keluarganya ini) berkata kepadanya: “Apa yang engkau dapat?”, Abu Lahab menjawab: “Saya tidak mendapati setelah kamu kecuali saya diberi minum sebanyak ini (Yakni jumlah yang sangat sedikit) kerana saya memerdekakan Tsuwaibah.”
[*] Hadis Mursal adalah perkataan seorang tabi’in berkata “Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam bersabda ….”, atau dia (tabi’in) menyandarkan sesuatu kepada Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Hadis mursal termasuk dalam sebahagian hadis lemah menurut pendapat paling kuat di kalangan para ulama.
Syubhat ini dibantah dari beberapa sisi:
Hadis tentang diringankannya siksa Abu Lahab ini telah dikaji oleh para ulama dari zaman ke zaman. Akan tetapi tidak ada seorangpun di antara mereka yang menjadikannya sebagai dalil disyari’atkannya perayaan maulid.
Ini adalah hadis mursal sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hafizh dalam Al-Fath (yakni Fathul Baari – edt) (Juz 9, halaman 49) kerana ‘Urwah tidak menyebutkan dari siapa dia mendengar kisah ini. Sedangkan hadis mursal adalah termasuk golongan hadis-hadis dha’if (lemah) yang tidak boleh diguna sebagai dalil.
Anggaplah hadis ini sahih mausul (bersambung sampai kepada Nabi), maka yang tersebut dalam kisah ini hanyalah mimpi. Sedangkan mimpi (selain mimpi para Nabi) bukanlah wahyu yang boleh diterima sebagai hujah. Bahkan disebutkan oleh sebahagian ahlil ilmi bahawa yang bermimpi di sini adalah Al-‘Abbas bin ‘Abdil Muttholib dan mimpi ini terjadi sebelum beliau masuk Islam.
Apa yang dinukil oleh As-Suyuthi dari Ibnul Jauzy di atas bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah kerana memberitakan kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia menyusui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah menyelisihi apa yang telah tetap di kalangan para ulama sirah (sejarah). Kerana dalam buku-buku sirah ditegaskan bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah (waktunya) jauh setelah Tsuwaibah menyusui Nabi Shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam.
Al-Hafizh Ibnu ‘Abdil Barr Rahimahullahu berkata dalam Al-Isti’ab (Juz 1, halaman 12) ketika beliau membawakan biografi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam. Setelah menyebutkan kisah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disusukan kepada Tsuwaibah, beliau menyatakan: “…Dan Abu Lahab memerdekakannya setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam berhijrah ke Madinah.” (Lihat juga Ath-Thobaqot karya Muhammad bin Sa’ad bin Mani` Az-Zuhry Rahimahullahu (1/108-109), Al-Fath (9/48), dan Al-Ishobah (4/250))
Kandungan kisah ini menyelisihi zahir Al-Qur`an yang menegaskan bahawa orang-orang kafir tidak akan mendapatkan manfaat dari amalan baiknya sama sekali di akhirat, akan tetapi hanya dibalas di dunia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menegaskan:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Maksudnya: “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”. (Al-Furqon : 23) (Lihat Fathul Bari (9/49), kecuali Abu Thalib yang diringankan siksanya kerana membela Nabi, sebagaimana dalam riwayat Muslim)
Kegembiraan yang dirasakan oleh Abu Lahab hanyalah kegembiraan yang sifatnya tabi’at manusia biasa kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah anak kepada saudaranya (anak buah – edt). Sedangkan kegembiraan manusia tidaklah diberikan pahala kecuali bila kegembiraan tersebut muncul kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Buktinya, setelah Abu Lahab mengetahui kenabian anak buahnya, diapun memusuhinya dan melakukan tindakan-tindakan yang kasar padanya. Ini bukti yang kuat menunjukkan bahawa Abu Lahab bukan gembira kerana Allah, tapi gembira kerana lahirnya seorang anak buahnya. Gembira seperti ini ada pada setiap orang.
(Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah halaman 165-170, Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat keenam dan Al-Hiwar ma’al Maliki Syubhat pertama)
continued.....
0 comments:
Post a Comment